AJK PSS 2011

AJK PSS 2011

Click here for Myspace Layouts

Saturday, July 10, 2010

MyStart by Magentic.com

SMK JENGKA 18, 12 JULAI 2010-Satu rombongan pengetua-pengetua dari Zon Jengka akan mengunjungi SMK Jengka 18 untuk sessi pemantauan 2010. Seramai empat orang pengetua akan berkampung di sini selama satu hari bermula jam 7.40 pagi dan dijangka berakhir jam 3.00 petang. Manaka pengetua SMK Jengka 18, Hajjah Saimah bt Hassan pula, akan mengunjungi sekolah-sekolah lain di sekitar daerah Maran untuk tujuan yang sama.
Semoga semua warga SMK J18 bersiap sedia untuk dipantau.

Thursday, July 8, 2010

UNTUK PANDUAN KITA SEMUA

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:




1.0 Solat Qasar



1.1 Takrifan



Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.



1.2 Hukum Qasar



Harus berdasarkan kepada dalil berikut:



i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”



ii. Al-Sunnah yang bermaksud;



‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”

(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)



1.3 Jarak Dibenarkan Qasar



Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.



1.4 Syarat Solat Qasar



i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.



ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).

iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.

iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).

v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.



1.5 Contoh Niat



أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)







2.0 Solat Jama'



2.1 Takrifan



Solat Jama’ terbahagi kepada :



i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.



ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’



2.2.1.Solat Jama’ Taqdim



i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.

ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir



i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat



2.3.1 Jama’ Taqdim



i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat



أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)



ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar



أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)



2.3.2 Jama’ Ta’khir



i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat



أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)



ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar



أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)











--------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, July 6, 2010

Cikgu.net - Cikgu.net

Cikgu.net - Cikgu.net

GEJALA MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

adawiyah.koh@utusan.com.my

MOHD YUSUF, 59 mula merokok sejak berumur 14 tahun. Dua tahun lalu, enam hari terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya ternyata mengubah kehidupannya. Akibat penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) kerana tabiat merokok, Mohd Yusuf menjalani kehidupan yang sukar.

Sejak remaja, purata rokok yang dihisap sehari ialah 15 batang. Ketika hanya keseronokan yang dirasainya. Sepanjang itu, pernah juga dia merasa sakit dada dan batuk tetapi Mohd Yusuf menganggapnya sakit biasa. Tak pernah kenal apa itu COPD, Mohd Yusuf seronok merokok. 19 hari berada di wad hospital tanpa rokok memberi galakan kepada dirinya untuk berhenti merokok. Walaupun sebelum ini harga rokok pernah ditingkatkan dan larangan anti merokok diperluaskan, Mohd Yusuf tidak pernah mahu berhenti merokok. Malah, hidupnya dirasakan tidak sempurna tanpa rokok. Itu kisah sepanjang 40 tahun dia merokok. Namun, ketika disahkan COPD, dia mula sedar tatkala mengenangkan nasib isteri dan sembilan orang anaknya. Nasihatnya kepada perokok lain, kesedaran datang dari dalam diri sendiri jika hendak berhenti merokok. Kepada remaja sama ada lelaki atau wanita, sebaiknya jangan cuba merokok. Apabila sudah gian, sukar untuk menghentikan tabiat ini.

Ini adalah kisah bekas perokok yang mula merokok sejak remaja lagi. Senario ini ternyata membimbangkan masyarakat kita. Lebih-lebih lagi remaja wanita yang merokok telah menunjukkan peningkatan. Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr. Zarihah Mohd Zain, walaupun data terkini menunjukkan perokok lelaki menurun tetapi perokok wanita meningkat. Ia juga berlaku di kalangan perokok bawah umur.

Data menunjukkan peningkatan perokok wanita bawah umur pada tahun 2003 ialah 4.2 peratus dan ia telah meningkat pada tahun lalu. Sebaliknya, jumlah perokok lelaki bawah umur sebanyak 36.3 peratus telah menurun pada tahun lepas.

Laporan baru-baru ini menunjukkan terdapat tiga juta perokok di Malaysia dengan 0.2 juta daripadanya di bawah umur.

Daripada data itu, peningkatan jumlah perokok bawah umur sejak beberapa tahun kebelakangan ini sangat membimbangkan. "Tabiat merokok juga sudah menyerang anak gadis di negara ini kerana mereka sangat mudah untuk melihat golongan wanita merokok di kawasan awam. Tidak terkecuali golongan wanita di lapangan profesional," ujarnya. Di Malaysia, jumlah perokok wanita juga semakin ketara.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 mencatatkan 2.5 peratus wanita pernah merokok, 1.6 peratus masih merokok dan 0.9 peratus berjaya berhenti merokok. Di kalangan lelaki, 57.6 peratus pernah merokok, 46.4 peratus masih merokok, manakala 11 peratus berjaya berhenti merokok. Sejak 1998, semakin banyak negara bertegas dalam menangani perokok. Banyak negara sudah mensyaratkan semua rokok di pasaran mesti dibungkus dengan grafik komplikasi merokok, misalnya barah paru-paru dan keguguran janin.
Di Malaysia, sejak 1 Jun 2009, semua kotak rokok di pasaran mesti mempunyai 40 peratus amaran bergambar di bahagian hadapan dan 60 peratus di belakang kotak. Hasilnya menurut Dr Zarihah, daripada kajian yang dibuat, kebanyakan perokok berasa terancam dari segi psikologi dengan kotak rokok beramaran. Daripada enam amaran bergambar (barah paru-paru, keguguran janin, kelahiran pramatang, barah mulut, barah tengkuk dan gangrene) perokok lebih memilih rokok dengan gambar beramaran 'cap kaki' (gangrene).

Namun, ia masih kurang mendapat sambutan. Lebih-lebih lagi perokok di bawah umur khususnya pelajar kini mendapat wang poket yang mewah. Selain itu, pelbagai perisa rokok turut menggalakkan orang ramai membeli rokok. Tanpa disedari ia sebenarnya menjadi tarikan perokok wanita. Beliau berkata wanita di seluruh dunia menjadi ketagih kepada rokok kerana kebanyakan mereka mudah percaya dengan dakwaan iklan-iklan itu yang mendakwa kononnya amalan merokok boleh mengurangkan berat badan dengan mudah.

"Ada sesetengah iklan mendakwa dengan merokok wanita boleh mengurangkan berat badan dengan mudah, dan sesetengah kaum wanita pula tertarik dengan pembalut rokok itu sendiri. Situasi ini lebih mudah berlaku di kalangan remaja," katanya.

Gejala merokok perlu ditangani bukan saja di kalangan pelajar wanita, malah merangkumi semua peringkat umur. Dalam membanteras tabiat merokok ini, pendidikan perlu diberi perhatian serius ketika di rumah dan sekolah. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memantau setiap pergerakan dan aktiviti anak mereka supaya tidak terjebak di dalam aktiviti yang tidak sihat ini.

"Usaha ini tidak akan berjaya jika tiada sokongan padu daripada semua pihak dalam melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan cemerlang pada masa akan datang. Ibu bapa misalnya, perlu kenal rakan-rakan anak-anak mereka." katanya.

Mengapa remaja merokok?

1) Diri sendiri.

Rokok dikatakan identiti bagi seorang pelajar yang ingin dikenali sebagi seorang yang macho dan bergaya. Apakah ia benar? Sebenarnya remaja merupakan masa krisis identiti berlaku. Pada ketika ini mereka tercari-cari gaya yang sesuai dengan diri. bagi pelajar lelaki, rokok seperti satu kemestian.

Manakala wanita juga sudah mengikut trend ini. Lebih-lebih lagi ramai golongan wanita bekerja yang mula terlibat dengan aktiviti merokok. Ibarat prestij diri, remaja wanita gemar melihat gaya mereka. Mereka juga percaya rokok boleh mengurangkan berat badan seperti seorang model.

Remaja juga percaya rokok dapat menghilangkan tekanan. Sebenarnya tidak, ia sebenarnya menambah gian pelajar untuk mencubanya lagi. Golongan ini juga tidak perlu risau kerana poket sentiasa berisi duit. Hasilnya, mereka mudah mendapatkan rokok kerana ia dijual di mana-mana sahaja tanpa mengira amaran KKM yang melarang rokok dijual kepada golongan bawah umur.
2) Pengaruh rakan-rakan sebaya.
Faktor ini dikatakan yang paling banyak mempengaruhi remaja. Tanpa mengabaikan kesan rokok apabila meningkat dewasa, mereka seronok merokok bersama rakan-rakan. Ada juga yang didesak atau dicabar. Jika tidak melakukannya, mereka berasa malu kerana dikutuk.

3) Faktor keluarga.
Keluarga yang mempunyai masalah seperti kemiskinan atau penceraian sering menjadi faktor remaja merokok. Remaja percaya tabiat ini boleh melegakan mereka. Ada yang lebih berani, cuba mengambil dadah. Seperti dadah, mereka juga akan ketagih rokok. Bagi yang tidak berduit, remaja mula terlibat dengan gejala tidak sihat seperti lumba haram, mencuri atau meragut.

4) Persekitaran.

Iklan dan penjualan rokok secara berleluasa turut mempengaruhi situasi ini. Seharusnya, semua premis perniagaan mematuhi undang-undang agar tidak menjual rokok kepada mereka yang di bawah umur.

Sumber : http : //www.utusan.com.my/

Dicatat oleh Cikgu Taufiq di 22:48

Label: RENCANA PILIH

MEJA BULAT MEMBINCANGKAN PEMANSUHAN UPSR DAN PMR

KUALA LUMPUR 5 Julai - Kementerian Pelajaran akan mengadakan perbincangan meja bulat bagi mengumpulkan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan kerajaan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 19 dan 27 Julai ini.




"Rumusan perbincangan akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal Ogos ini,” kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Beliau berkata, perbincangan meja bulat yang pertama pada 19 Julai ini dikhususkan untuk wakil pendidik termasuk pegawai kanan kementerian, pengarah Jabatan Pelajaran negeri, kesatuan dan persatuan guru, pengetua, guru besar serta kaunselor sekolah.

"Perbincangan kedua pada 27 Julai pula dikhususkan untuk mereka di luar kementerian seperti tokoh pendidikan, ahli akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), ahli politik, wakil agensi kerajaan, wakil badan-badan bukan kerajaan dan pihak lain yang berminat dan berkepentingan dalam isu ini,” katanya.



Katanya, beliau berharap pandangan menyeluruh berkaitan dengan pemansuhan UPSR dan PMR dari setiap lapisan masyarakat akan dapat dihasilkan melalui perbincangan meja bulat itu.



"Pemantauan terhadap pandangan orang ramai melalui media cetak dan elektronik akan terus dilakukan oleh pihak kementerian dan buat masa ini banyak pandangan serta pendapat sudah dikumpulkan dan ini akan diambil kira semasa perbincangan meja bulat,” katanya.



Orang ramai yang berminat masih boleh mengemukakan pandangan melalui khidmat pelanggan Kementerian Pelajaran di alamat kpkpm@moe.gov.my atau alimuddin.dom@moe.gov.my. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WARGA KERJA SMKJ18

2010 DALAM KENANGAN...SAYONARA

SAKSIKANLAH....

KURSUS GPM-BTPN KUANTAN

GALERI PUSAT SUMBER

GALERI PUSAT SUMBER
GAMBAR GURU& STAF SMKJ18

MAJLIS TITISAN ILMU

MAJLIS TITISAN ILMU
CERAMAH MOTIVASI

PENCERAMAH

PENCERAMAH
USTAZ MOHD ROZI

MENDENGAR CERAMAH

MENDENGAR CERAMAH
GURU&PELAJAR LELAKI

CERAMAH MOTIVASI

CERAMAH MOTIVASI
KUSYUK

MENDENGAR UCAPAN

MENDENGAR UCAPAN
PELAJAR TG 3

PERPUSTAKAAN SMKJ18

PERPUSTAKAAN SMKJ18
SEJUK, NYAMAN, MENYASIKKAN

CUTI-CUTI BLOGGER....

MY KIDS

MY KIDS
MENGEJAR IMPIAN

MY BIRTHDAY CAKE

MY BIRTHDAY CAKE

JAMUAN HARI RAYA

JAMUAN HARI RAYA
KELAB GURU & KAKITANGAN






HENTIAN PJPK-PONDOK ILMUKU

HENTIAN PJPK-PONDOK ILMUKU


KGKT

KGKT
CENDERAHATI AHLI