AJK PSS 2011

AJK PSS 2011

Click here for Myspace Layouts

Saturday, December 3, 2011

PENGAWAS PSS BESTARI SMKJ18 BAHARU 2012

Tahniah diucapkan kepada semua yang terpilih uhtuk menyertai keluarga PSS Bestari SMKJ18. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi...Terima kasih.





Friday, December 2, 2011

SATU PERKONGSIAN YANG TIDAK SEBERAPA

Ke arah Meningkatkan Tahap Profesionalisme  Guru  dalam Pengajaran dan Pembelajaran  di Abad ke-21  

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia,,masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat.
Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan wawasan negara, peranan guru amat penting untuk memastikan nilai nasional dapat disempurnakan”. Dipetik daripada ucapan Y.B. Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein, dalam Perutusan Hari Guru 2006. Ini mengukuhkan lagi tahap keprofesionalisme seorang yang bergelar guru.
Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat keguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan misi nasional kerajaan.
        Mengikut Kamus Dewan,profesion ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. Martabat pula ialah kedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat. Dari pengertian tersebut memberi makna bahawa imej profesion keguruan samada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi para guru dan hasilnya kepada generasi pelajar.
Antara usaha yang perlu diambil bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah-sekolah ialah  membangunkan modal insan demi memacu transformasi negara ke arah keupayaan ilmu pengetahuan  selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan  Kebangsaan.
Melahirkan modal insan yang seimbang dari segi  jasmani, emosi, rohani dan intelek adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk dicapai melalui mata pelajaran ini kerana rakyat yang cergas tubuh badannya akan melahirkan minda yang cerdas. Bagi merealisasi impian ini sebagai usaha ke arah meningkatkan tahap profesionalisme ini, adalah menjadi tanggungjawab saya menyiapkan diri sendiri dalam pelbagai bidang selari dengan perkembangan semasa dalam era globalisasi ini.
Bagi memperkasakan tangungjawab ini, saya haruslah meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesiapsiagaan diri dengan meneroka bidang baru sebagai langkah untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan setara dengan mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah. Penerokaan dalam bidang ICT merupakan salah satu cabang yang telah terbukti dapat meningkatkan profesionalisme seseorang guru tidak kira mata pelajaran apa yang mereka ajar. Kaedah pengajaran secara maya dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan
 Dalam usaha meningkatkan martabat profesionalisme keguruan, pakatan bijak semua pihak juga perlu  digerakkan samada secara langsung atau tidak langsung. Pihak-pihak tersebut ialah kerajaankhususnya Kementerian Pelajaran Malaysia serta institusi-institusi yang berkaitan, guru, pelajar, anggota masyarakat , pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan-kesatuan guru dan pihak swasta.
Selaras dengan itu, penglibatan guru secara total dalam semua program yang dianjurkan oleh pihak-pihak tersebut terutama sekali anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia, adalah sesuatu yang amat dituntut. Kesediaan guru dalam meningkatkan profesion keguruannya adalah perkara pokok, yang perlu diambil kira kerana, tanpa komitmen guru itu sendiri, walau apa yang dirancang tidak akan menjadi kenyataan sekiranya guru tersebut tidak merebut peluang yang datang.

Kesimpulannya, seorang guru tidak mungkin dapat mempertingkatkan  keprofesionalisme keguruannya sekiranya dia sendiri tidak mampu memartabatkan profesion keguruan itu sendiri.

Pn Faridah Seman
PSR(PM)/PJPK/GPM PSS BESTARI SMKJ18

Wednesday, November 30, 2011

Anugerah Sri Bestari bagi tahun 2011 ~ P.K.G Bandar Maran

Anugerah Sri Bestari bagi tahun 2011 ~ P.K.G Bandar Maran

TERIMA KASIH DAUN KELADI

Terima kasih yang tidak terhingga kepada PKG Chenor ( En Fendi) dan PKG Bandar Maran (Nik) yang telah bertungkus lumus untuk mengambil gambar warga SMKJ 18 untuk dimuatkan ke dalam Majalah Seroja Edisi ke-25, 2011. Tidak lupa juga buat semua sidang redaksi majalah yang turut mencengkang mata untuk menyiapkan majalah kali ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Jutaan terima kasih juga buat semua pentadbir sekolah terutama sekali kepada En Othman Abd Manaf dan Pn Pengetua- Hajah Saimah Hassan kerana turut terlibat dalam penghasilan majalah ini dari awal hingga ke editing yang terakhir. Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan...Semoga majalah sekolah kita dapat diterbitkan dengan baik....

Saturday, November 19, 2011

ANUGERAH PSS BESTARI DAERAH MARAN-PSS SMKJ18 JOHAN


Terima kasih kpd semua yang terlibat dalam menjadikan PSS SMK Jengka 18 dianugerahkan sebagai PSS Cemerlang 2011. Semua ini adalah hasil usaha semua warga SMK Jengka 18. Bermula drp pentadbir sehinggalah kpd guru,staf,pelajar & pekerja swasta yang tidk jemu utk memberi sokongan padu kpd JK Kerja PSS...Terima kasih daun keladi...


Friday, September 30, 2011

SELAMAT DATANG PMR

GURU-GURU SMK JENGKA 18 TAHUN 2011
Kami mendoakan kejayaan anak-anak sekalian... Amin.

PELAJAR 3 MALIKI BERSAMA PN WAN LILI RAHAYU 

PELAJAR 3 SYAFIE BERSAMA EN AHMAD SAFARI
PELAJAR 3 HAMBALI BERSAMA CIK NOORASHIKEEN

PSS SMK JENGKA 18 MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2011. SEMOGA ANAK-ANAK BEROLEH KETENANGAN DAN KECEMERLANGAN. INSYAALLAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WARGA KERJA SMKJ18

2010 DALAM KENANGAN...SAYONARA

SAKSIKANLAH....

KURSUS GPM-BTPN KUANTAN

GALERI PUSAT SUMBER

GALERI PUSAT SUMBER
GAMBAR GURU& STAF SMKJ18

MAJLIS TITISAN ILMU

MAJLIS TITISAN ILMU
CERAMAH MOTIVASI

PENCERAMAH

PENCERAMAH
USTAZ MOHD ROZI

MENDENGAR CERAMAH

MENDENGAR CERAMAH
GURU&PELAJAR LELAKI

CERAMAH MOTIVASI

CERAMAH MOTIVASI
KUSYUK

MENDENGAR UCAPAN

MENDENGAR UCAPAN
PELAJAR TG 3

PERPUSTAKAAN SMKJ18

PERPUSTAKAAN SMKJ18
SEJUK, NYAMAN, MENYASIKKAN

CUTI-CUTI BLOGGER....

MY KIDS

MY KIDS
MENGEJAR IMPIAN

MY BIRTHDAY CAKE

MY BIRTHDAY CAKE

JAMUAN HARI RAYA

JAMUAN HARI RAYA
KELAB GURU & KAKITANGAN






HENTIAN PJPK-PONDOK ILMUKU

HENTIAN PJPK-PONDOK ILMUKU


KGKT

KGKT
CENDERAHATI AHLI