AJK PSS 2011

AJK PSS 2011

Click here for Myspace Layouts

Thursday, December 29, 2011

SINOPSIS MENGIKUT BAB-NOVEL MERENANG GELORA, TG 3 2012

Sinopsis Bab

Bab 1 – Tugas Baharu
Badri anak sulong daripada dua orang adik beradik mula bertugas sebagai seorang pengawas sekolah Adiknya bernama Badrul. Beliau seorang yang tegas dan berdisiplin. Bercita-cita ingin menjadi pemimpin pada masa hadapan. Jamil merupakan kawan baik kepada Badri, manakala  Shahrul seorang murid yang nakal, Siti Cahaya Nadira seorang murid baharu yang cantik menjadi rebutan murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh Badri dan sebaliknya untuk mendapatkan Siti Cahaya Nadira.
Bab 2 – Api Yang Mula Membara
Jamil mengajak Badri melepak di Mastika Mall tetapi ditolak. Mereka berbeza dari segi soal prinsip kehidupan. Meng Kong anak tauke kedai telefon selalu dikerumuni oleh murid-murid lain. Badri telah disimbah air semasa berada di dalam tandas. Peristiwa itu menjadi heboh di kantin. Nadira menyindirnya. Cikgu Jailani menyiasat kes tersebut. Badri dibenarkan balik ke rumah lebih awal kerana keadaan bajunya yang basah dan berbau. Selepas itu Badri pergi ke perpustakaan untuk menenangkan jiwa dan berjalan-jalan tetapi terserempat dengan Shahrul yang menunggang motosikal dengan Nadira. Badri telah pergi ke rumah Pak Alang dan agak terkejut kerana terserempat dengan Nadira di sana. Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah.
Bab 3 – Main Api
Badri dapat mengenali murid yang ada di dalam tandas semasa dia disimbah air berdasarkan tanda lahir yang terdapat di leher murid tersebut. Kumar ditangkap dan dibawa kepada Cikgu Jailani , iaitu guru disiplin. Kumar ditangkap kerana turut membawa telefon bimbit. Ah Chun dan Selva , rakan sekelas Badri yang menyuruh Kumar, Meng Kong dan Shahrul menjual kad prabayar kepada murid-murid di sekolahnya. Kumar telah memberitahu Jamil agar Badri tidak memerhatikan Meng Kong lagi. Nadira memberi amaran agar Badri tidak melaporkan apa-apa kepada Mak Alang. Badri digelar sebagai pelapor. Badri dimalukan dengan dijatuhkan apabila dirempuh dengan kuat oleh Bob dan disindir oleh Kumar serta ditertawakan oleh Nadira. Semasa di dalam bas, dia mendapat nota untuk datang ke pasar raya pada petang itu. Dia ke pasar raya itu dan bertemu dengan Siew Mei yang belum pernah dikenalinya sebelum ini.

Bab 4 – Duri Dalam Daging
Kumar bertemu dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Beliau bercerita dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Badri kerana telah ditangkap oleh Badri dan telefonnya dirampas. Kumar masih berdendam dengan Badri.

Bab 5 -  Pertemuan
Badri berjumpa dengan Jamil dan bertanya adakah dia juga terlibat dalam kegiatan menjual  kad prabayar. Semua rahsia itu diceritakan oleh Siew Mei setelah diberitahu oleh abangnya yang bekerja di kedai telefon ayah Meng Kong, iaitu Encik Tan. Hal ini kerana kerap berlaku kehilangan kad prabayar dan telefon di kedai Encik Tan. Badri pula melakukan  sesuatu untuk menyelamatkan Nadira dari terus berkawan dengan Shahrul. Kemungkinan Shahrul turut terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.

Bab 6 – Kemuncak Dunia
Nadira dimarahi oleh Nurul Ain, iaitu kakaknya kerana berpakaian sendat untuk keluar pada Sabtu pagi. Nadira menunggu Shahrul dalam keadaan marah kerana selalu lewat, tetapi sering terpujuk oleh kata-kata manis Shahrul. Nadira marah kepada Badri kerana menegurnya berkawan dengan Shahrul. Nadira mengikut Shahrul bersiar-siar dengan menunggang motosikal. Shahrul bertemu dengan rakannya, mat motor yang selalu berlumba haram. Nadira tidak senang dengan Aziz iaitu salah seorang kawan dalam kumpulan mat motor Shahrul. Mereka telah diserbu oleh anggota polis tetapi Shahrul, Aziz dan rakan-rakannya dapat melarikan diri. Nadira terperangkap kerana ditinggalkan oleh Shahrul. Akhirnya, Nadira ditangkap dan dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak polis. Pihak polis menerangkan bahawa Nadira telah berkawan dengan mat rempit yang diburu oleh pihak polis. Ada kalangan mereka yang terlibat dengan jenayah. Nadira dimarahi kakaknya.

Bab 7 – Secantik Sinar
Jamil menjauhi diri daripada Badri. Taufik kawan sekelas Badri ingin mengetahui masalahnya. Badri menyembunyikannya dan memarahinya kerana bersikap menjaga tepi kain orang lain. Taufik memberitahu kejadian yang menimpa Nadira dan Shahrul. Nadira telah ditangkap dan disoal oleh pihak polis. Hal ini telah diketahui oleh pengetua dan menyebabkan Nadira dipanggil untuk menceritakan situasi sebenar kejadian  tersebut. Nadira berjumpa dengan badri di perpustakaan untuk meminta maaf atas kesalahannya terhadap Badri. Nadira menyatakan hasratnya ingin berkawan dengan Badri tetapi Badri serba salah dan malu. Pertemuan dengan Shahrul membuatkan Nadira amat marah kepada Shahrul. Badri dicabar oleh Shahrul.

Bab 8 – Mengharung Badai
Jamil menceritakan kepada Badri yang dia telah dituduh mencuri telefon bimbit di kedai ayah Meng Kong. Nasibnya baik kerana bapa Meng Kong tidak membuat laporan kepada pihak polis dan sekolah. Dia tidak dapat membela diri. Badri bersyukur kerana Jamil sudah insaf atas perbuatannya. Nadira masih berharap Badri tidak masuk campur urusan Meng Kong dan kawan-kawannya, tetapi Badri masih tekad menyelongkar kebenarannya. Siew Mei mengajak Badri berjumpa di bengkel dan menasihati Badri tentang pergaduhannya dengan Shahrul kerana Nadira. Siew Mei meminta Badri membimbing Nadira . Akhirnya Badri bertanya kepada Siew Mei mengapa dia mengambil berat tentangnya. Siew hanya menutup mulut dan lari tergesa-gesa kerana malu.   
 Bab 9 – Rahsia Hampir Terbongkar
Badri mengintip perbualan Kumar, Meng Kong dan Shahrul tentang rancangan mereka untuk terus menjual telefon bimbit dan kad prabayar ketika sedang berjoging di tasik. Mereka agak risau jika Jamil membongkar kegiatan mereka itu. Mereka telah disergah oleh Badri. Shahrul menyerang Badri tetapi dapat dielak kerana Badri mahir dalam ilmu persilatan.

Bab 10 – Semarak Api
Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres walaupun sudah tiga tahun mendiaminya. Dia masih lagi rindu akan rumah lamanya yang besar dan mewah itu. Rakan-rakan Shahrul sering menganggapnya daripada golongan yang berada, namun sebaliknya. Dia telah dipanggil oleh Cikgu Jailani kerana menyerang Badri. Apabila Shahrul bertemu dengan Badri yang sedang makan bersama-sama Nadira, hatinya marah dan dia cuba mengungkit rancangan mereka dahulu untuk mengenakan  Badri. Tujuannya adalah untuk memisahkan Badri dengan Nadira. Suatu hari, Shahrul dan Kumar memungut hutang daripada Amir yang membeli telefon tetapi dibayar separuh sahaja kerana emaknya tidak membenarkan dia membelinya dan meminta dipulangkan kembali. Apabila Amir memulangkan telefon itu kepada Shahrul, telefon tersebut telah jatuh dan dilihat oleh Cikgu Jailani. Amir dibawa ke bilik guru. Amir telah diugut oleh Shahrul dan Kumar agar tidak menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani, sebagai balasan hutang Amir akan dihapuskan.  Amir telah berbohong kepada Cikgu Jailani untuk menutup rahsia daripada siapa dia membeli telefon itu agar hutangnya lupus.

Bab 11 – Tertangkap
Meng Kong ke kedai ayahnya untuk mendapatkan bekalan telefon di dalam stor tanpa menyedari stor tersebut telah dipasang dengan system CCTV. Dia berpura-pura menunggu Ah Meng. Telefon itu diserahkan kepada Kumar agar tidak dikesan oleh bapanya. Ah Meng telah memainkan semula rakaman CCTV tersebut dihadapan Encik Tan. Encik Tan telah melihat Meng Kong mengambil empat telefon bimbit dari stor itu. Apabila Meng Kong balik dia disuruh berjumpa dengan ayahnya. Ayahnya telah menunjukkan rakaman CCTV kepada Meng Kong lalu Meng Kong meminta maaf dan berharap dia dimaafkan tetapi ayahnya telah menghukumnya dengan menyuruhnya tinggal di  asrama sekolah serta meminta maaf daripada pengetua sekolah iaitu Encik Baharom. Akhirnya, mereka bertiga, Shahrul, Meng Kong dan Kumar tertangkap dan dikenakan hukuman tiga sebatan setiap orang. Meng Kong ditempatkan di asrama. Badri meminta Taufik memerhatikan Meng Kong.
 Bab 12 – Suasana Baharu
Meng Kong mengikuti rutin jadual di asrama walaupun dia berasa kekok, tetapi atas keramahan Taufik dan Saiful, dia cuba menyesuaikan diri. Dia berasa lega kerana tiada orang bertanya sebab dia tinggal di asrama. Meng Kong mula belajar  dan membuat  kerja sekolahnya mengikut masa dan jadual. Dia menceritakan pengalamannya buat kali pertama dapat menyiapkan kerja rumah kepada Shahrul dan Kumar. Mereka tidak berpuas hati dengan perubahan Meng Kong yang tidak mahu menjual telefon lagi kerana Meng Kong takut dihantar untuk tinggal dengan datuknya yang garang. Shahrul dan Kumar masih mengajak Meng Kong meneruskan usahanya, tetapi Meng Kong tetap menolak. Berlaku pertengkaran antara mereka dan Badri datang meleraikan pertengkaran tersebut dengan membawa mereka berjumpa Cikgu Jailani. Mereka dirotan atas kesalahan tersebut.

Bab 13 – Jiwa Remaja
Badri bersiap-siap dengan kemas untuk keluar berjumpa dengan Nadira. Badri diusik oleh Badrul yang menyatakan abangnya mempunyai  dua orang buah hati  kepada emaknya. Nadira menelefon Badri dan bertanya tentang kelewatannya.  Badri akhirnya datang untuk melihat pementasan teater tersebut. Nadira berasa cemburu apabila mengetahui hubungan Badri dengan Siew Mei. Nadira mengelamun semasa pementasan itu dan  disedari oleh Badri. Setelah pulang ke rumah Badri dimaklumkan oleh Badrul  bahawa Jamil datang mencarinya. Badri menelefon Jamil dan berbual-bual melalui telefon. Mereka berjanji untuk bertemu keesokan harinya namun apabila Badri pergi mencarinya tetapi dia tiada di rumah. Jamil hilang tanpa dapat dikesan walaupun  dia telah bertanya kepada ibu bapa Jamil serta Taufik dan Kumar. Badri menemui Kumar  yang sedang memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong  atas arahan Shahrul supaya  Meng Kong dibuang asrama. Kumar mengikut sahaja arahan Shahrul kerana takut dikasari oleh Sahrul.



Bab 14 – Di Persimpangan
Kumar insaf perbuatannya lalu mengelak diri daripada dihasut oleh Shahrul yang memyebabkan dia terikut-ikut dengan gaya mewah Sahrul. Shahrul tetap bertegas untuk memastikan Kumar masih mahu menjadi ahli kumpulannya dan tidak membocorkan rahsia mereka apabila  Jamil dan Meng Kong tidak lagi terlibat dalam kumpulan mereka. Shahrul tetap memujuk Kumar mengikutnya untuk membalas dendam terhadap Badri.

Bab 15 – Kehilangan Yang Misteri
Kehilangan Jamil menjadi misteri. Walau bagaimanapun, Badri tidak dapat melupakan sahabatnya itu. Kini  Badri sudah berkawan baik dengan Kumar. Badri dikejutkan dengan berita di akhbar yang dibaca oleh Siew Mei tentang kematian Amran iaitu kawan Jamil yang mati ditembak kerana terlibat dengan kes jenayah  dan dadah. Badri risau sekiranya Jamil turut terlibat dalam kes jenayah tersebut.

Bab 16 – Tersayat Pedih
Shahrul ketakutan mendengar berita kematian Amran  dan  mengurung diri serta mencari jalan untuk mendekati Nadira semula sebagai sahabat. Shahrul mula merasakan kehilangan rakan-rakannya dan mula bergaul dengan rakan-rakan yang  lebih dewasa. Apabila melihat Badrul, Shahrul ingin membalas dendam terhadap Badri dengan mengupah Din memukul Badrul iaitu adik Badri. Din tidak mahu terlibat dan hal ini menyebabkan Shahrul marah lalu memecut motosikalnya menyebabkan dia terjatuh. Badrul dan kawan-kawannya menolong menghantar Shahrul ke hospital.  Persahabatan  Kumar dengan Badri menyebabkan Siew Mei tidak berpuas hati. Apabila berjumpa Badri, Kumar menceritakan niat sebenar Shahrul melalui maklumat yang diperoleh melalui Din tetapi Nadira curiga dengan kata-kata Kumar, sebaliknya Siew Mei tidak bersetuju dengan pendapat Nadira yang menyatakan Shahrul telah berubah.

Bab 17 – Mangsa Fitnah
Badri banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran dengan Kumar. Namun begitu Badri kesal dengan sikap Siew Mei yang tidak semesra sebelum ini. Kumar menyatakan ada perasaan cemburu antara Siew Mei dengan Nadira yang ingin merebut hati Badri. Untuk menghindari perasaan tersebut Badri lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji dengan Kumar. Badri  telah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah apabila Cikgu Jailani menemui telefon tersebut di dalam begnya. Badri dibawa oleh Cikgu Jailani ke bilik disiplin. Taufik menyatakan Shahrul telah menyuruh Kumar melakukannya. Badri terkilan kerana Nadira tidak menyokongnya sebaliknya menyalahkannya juga. Berita negatif tersebut masih tersebar walaupun Cikgu Jailani mendapati Badri tidak bersalah. Badri juga disindir oleh Shahrul. Semua rakan menjauhkan diri daripadanya kecuali Siew Mei dan Taufik.

Bab 18 – Pentas Sandiwara
Badri dan Taufik mendengar perbualan Shahrul dan Kumar. Mereka mendapati Shahrul telah mengarahkan Kumar meletakkan telefon bimbit ke dalam beg Badri tetapi Kumar tidak mematuhi arahan tersebut. Hal ini menyebabkan Shahrul berasa marah. Pertengkaran antara Shahrul dan Kumar telah dilihat oleh Lokman dan Badri. Mereka dibawa ke bilik pengawas oleh Lokman, iaitu ketua pengawas. Badri diberi semangat oleh Taufik dan Lokman berkenaan fitnah yang ditabur kepadanya.

Bab 19 – Cerita Baharu
Meng Kong berjumpa dengan Badri, Taufik dan Siew Mei di kantin. Mereka bersimpati dengan nasib Badri.  Badri  menyatakan bahawa Kumar tidak terlibat dalam hal tersebut. Mereka berbincang tentang sikap Shahrul yang tidak serik  dengan kejadian yang telah berlaku kerana ibu bapanya tetap menyokongnya walaupun Cikgu Jailani pernah ke rumah Shahrul memberitahu sikap Shahrul kepadanya.

Bab 20 – Hati Yang Terluka
Hubungan Nadira dan Shahrul kembali mesra. Hal  Ini menimbulkan sedikit rasa cemburu di hati Badri. Semasa mengelamun, Badri tersalah menyebut nama Nadira kepada Siew Mei menyebabkan Siew Mei agak berkecil hati. Doa Badri agar dia ditemukan dengan Nadira untuk mengetahui pandangan Nadira terhadapnya. Akhirnya dia bertemu dengan Nadira yang ditemani Shahrul di rumah Pak Alangnya. Badri menyatakan kesalahan Shahrul telah dikesan oleh Cikgu Jailani menyebabkan Shahrul berasa bimbang. Badri menyindir sikap Nadira.

Bab 21 – Harapan
Shahrul terlibat dalam kemalangan selepas balik dari rumah Pak Alang Nadira. Shahrul menduduki SPM di hospital. Kesan daripada kemalangan tersebut, kaki Shahrul tempang sebelah. Badri meminta maaf kepada Siew Mei akan sikapnya tempoh hari. Badri menyatakan cita-citanya untuk berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia bukan untuk mengejar cinta. Hal ini disokong oleh Siew Mei. Badri, Taufik dan Siew Mei sama-sama belajar untuk menduduki SPM dan berjaya menjawab soalan dengan baik. Selepas tamat peperiksaan, mereka sama-sama berbincang tentang cara untuk menghabiskan masa cuti mereka. Taufik akan mengikut Badri berkerja di resort bapa saudara Badri. Badri dan Siew Mei berjaya mendapat 9A dalam SPM. Taufik pula mendapat 7A. Selepas mendapat keputusan, Badri bergegas pergi membeli tiket untuk balik bekerja semula.  Badri telah memohon kemasukan ke universiti.

Bab 22 – Senja Belum Berlabuh
Pertemuan semula antara Badri dengan Jamil berlaku di resort milik Jamil setelah masing-masing berjaya dalam kehidupan. Mereka mengimbau kembali kenangan lalu. Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM. Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan. Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu. Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap berjaya merenang gelora yang akan mendatang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WARGA KERJA SMKJ18

2010 DALAM KENANGAN...SAYONARA

SAKSIKANLAH....

KURSUS GPM-BTPN KUANTAN

GALERI PUSAT SUMBER

GALERI PUSAT SUMBER
GAMBAR GURU& STAF SMKJ18

MAJLIS TITISAN ILMU

MAJLIS TITISAN ILMU
CERAMAH MOTIVASI

PENCERAMAH

PENCERAMAH
USTAZ MOHD ROZI

MENDENGAR CERAMAH

MENDENGAR CERAMAH
GURU&PELAJAR LELAKI

CERAMAH MOTIVASI

CERAMAH MOTIVASI
KUSYUK

MENDENGAR UCAPAN

MENDENGAR UCAPAN
PELAJAR TG 3

PERPUSTAKAAN SMKJ18

PERPUSTAKAAN SMKJ18
SEJUK, NYAMAN, MENYASIKKAN

CUTI-CUTI BLOGGER....

MY KIDS

MY KIDS
MENGEJAR IMPIAN

MY BIRTHDAY CAKE

MY BIRTHDAY CAKE

JAMUAN HARI RAYA

JAMUAN HARI RAYA
KELAB GURU & KAKITANGAN






HENTIAN PJPK-PONDOK ILMUKU

HENTIAN PJPK-PONDOK ILMUKU


KGKT

KGKT
CENDERAHATI AHLI