AJK PSS 2011

AJK PSS 2011

Click here for Myspace Layouts

Thursday, December 29, 2011

TEMA & PERSOALAN NOVEL MERENANG GELORA, TG 3

Tema
Novel ini bertemakan cabaran dan tanggungjawab  seorang pelajar dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas. Tema ini dijelmakan melalui watak utama, Badri yang menempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya.

Persoalan
i.        Ibu bapa yang mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak terlibat dalam gejala sosial.
Contoh: Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya telah terlibat dalam masalah disiplin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor.

ii.        Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
Contoh: Encik Tan memohon kepada pengetua  supaya  Meng Kong ditempatkan di asrama sekolah supaya anaknya berdisiplin dan berjaya dalam peperiksaan.

iii.        Hasad dengki dalam persahabatan.
Contoh: Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong supaya Meng Kong dibuang dari asrama.
iv.        Tanggungjawab terhadap tugas.
Contoh: Badri sebagai seorang pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat dalam kes disiplin walaupun melibatkan kawannya sendiri Jamil.

v.        Semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah.
Contoh: Siew Mei memberikan maklumat kepada Badri tentang penglibatan Shahrul dan rakan-rakannya dalam penjualan telefon bimbit secara ansuran kepada pelajar di sekolahnya.

vi.        Sikap gigih golongan pelajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan.
Contoh: Badri, Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

vii.        Buruk sangka dalam kalangan pelajar.
Contoh: Shahrul, Kumar, Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap Badri sehingga menyimbahkan air ketika Badri berada di dalam tandas sekolah.

viii.        Gejala lumba haram dalam kalangan remaja.
Contoh: Shahrul dan Aziz terlibat dalam perlumbaan haram sehingga hampir ditangkap oleh pihak polis.

ix.        Berdikari untuk mendapatkan pengalaman bekerja.
Contoh: Badri dan Taufik bekerja sambilan di resort bapa saudara Badri sementara menunggu keputusan SPM.

x.        Perpaduan kaum.
Contoh: Badri, Siew Mei,Taufik dan Kumar belajar bersama-sama walaupun mereka berlainan agama dan bangsa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WARGA KERJA SMKJ18

2010 DALAM KENANGAN...SAYONARA

SAKSIKANLAH....

KURSUS GPM-BTPN KUANTAN

GALERI PUSAT SUMBER

GALERI PUSAT SUMBER
GAMBAR GURU& STAF SMKJ18

MAJLIS TITISAN ILMU

MAJLIS TITISAN ILMU
CERAMAH MOTIVASI

PENCERAMAH

PENCERAMAH
USTAZ MOHD ROZI

MENDENGAR CERAMAH

MENDENGAR CERAMAH
GURU&PELAJAR LELAKI

CERAMAH MOTIVASI

CERAMAH MOTIVASI
KUSYUK

MENDENGAR UCAPAN

MENDENGAR UCAPAN
PELAJAR TG 3

PERPUSTAKAAN SMKJ18

PERPUSTAKAAN SMKJ18
SEJUK, NYAMAN, MENYASIKKAN

CUTI-CUTI BLOGGER....

MY KIDS

MY KIDS
MENGEJAR IMPIAN

MY BIRTHDAY CAKE

MY BIRTHDAY CAKE

JAMUAN HARI RAYA

JAMUAN HARI RAYA
KELAB GURU & KAKITANGAN






HENTIAN PJPK-PONDOK ILMUKU

HENTIAN PJPK-PONDOK ILMUKU


KGKT

KGKT
CENDERAHATI AHLI